cHiLL!

26.4.11

-fakta yang perlu kita tahu di malaysia-

 
Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapatdikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan,kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.


 Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapimaseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebutsehingga dua kali ganda.

Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.


Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

  Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

 Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

 Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yangserupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

 Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapibilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhicitarasa.

Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

 Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan- Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

2 comments:

Ezal R said...

Dulu jer nak pergi sabah pakai passport, sekarang semua pakai MyKad jer..hehe

Ezal R said...

yg di boldkan tu amat setuju... selalunya lelaki jer yg dipersalahkan.. memang tak adil, tp benda ni berlaku kt malaysia jer ke?